Hari Raya Qurban

Tidak Lama Lagi

BerQurban Meraih Redha Allah

"Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami."
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)
Daftar Qurban

Perkhidmatan Qurban &
Aqiqah Yang Disediakan

Qurban

Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berqurban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke-2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidil Adha dan zakat.
Harga Bermula Dari

RM499

/ ekor

Aqiqah

Aqiqah ialah suatu ibadah penyembelihan haiwan tertentu selepas kelahiran anak selain memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak. Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Harga Bermula Dari

RM499

/ ekor

Mereka Pernah Bersama Kami

Negara Agihan Daging Korban

Malaysia

Arab saudi

South Africa

Sudan

Yemen

Palestine

Bangladesh

India

Kemboja

Seperti tertera di media masa

Negara Agihan Daging Korban

Arab saudi

Azerbaijan

Burkina Faso

Chad

Djibouti

Comoros

Ghana

Guinea Bissau

Guinea

India

Iraq

Lebnon

Jordan

Liberia

Malaysia

Mali

Mozambique

Palestine

Sudan

Yemen

Pakistan

Syria

Sierra Leone

Kemboja

Marilah Meraih Keampunan, Kasih Sayang Dan
Cinta Allah S.W.T Dengan Berqurban

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al-Tirmizi (1493)]

Kenapa Perlu Memilih Simply Qurban

Agihan Daging Ke Negara Konflik

Daging qurban yang disembelih di Mekah akan diagihkan kepada lebih 23 negara yang menghadapi masalah kemiskinan di kalangan rakyat mereka

Tanah Suci Mekah

Dilaksanakan di Mekah oleh pegawai yang dilantik khas serta diagihkan dengan baik kepada mereka yang layak menerima

Video Umum

Kami akan menyediakan video umum atau video khusus sembelihan beserta nama yang didaftarkan khas buat anda. Anda pastinya boleh melihat bagaimana urusan penyembelihan haiwan Qurban anda.

100% Online

Mudah & murah. Semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda hanya perlu memilih pakej dan haiwan yang anda berminat untuk dibuat ibadah Qurban

Yakin Dan Dipercayai

Selama lebih satu dekad, Simply Qurban telah membantu hampir 30,000 pelanggan merealisasikan hajat mereka untuk melaksanakan ibadah Aqiqah & Qurban di serata dunia

Hadiah Istimewa Untuk Peserta SimplyQurban

Berjumlah RM459

Sijil Penyertaan
Setiap penama akan diberikan sijil fizikal penyertaan
5 liter air Zam-zam
Didatangkan istimewa daripada Tanah Suci.
Beg bimbit eksklusif
Beg harian bercorak dan selesa digunapakai.

Mereka Bersama Kami

Akad
Isi maklumat perserta pada borang interaktif kami dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online yang kami sediakan

Ibadah Qurban
Semua penyembelihan akan dibuat pada 10,11, 12 dan 13 Zulhijjah. Peserta boleh tracking ibadah qurban melalui sistem yang disediakan di dalam website.

Cenderahati Eksklusif
Anda akan menerima cenderahati eksklusif selepas Hari Raya Aidil Adha.

Hanya 3 Langkah
Mudah BerQurban

Daftar Qurban

Hari Raya Qurban Semakin Tiba

Pakej Qurban Mekah

Kambing Khusus di Mekah

Pakej akan menyediakan video khusus bacaan nama-nama peserta sembelihan qurban yang akan diberikan kepada peserta yang mendaftar. Daging qurban akan diberikan kepada fakir miskin di Tanah Haram serta 23 negara terpilih
Harga Bermula Dari

RM750

RM699

/ ekor

Kambing Umum di Mekah

Pakej ini akan menyediakan video umum bacaan semua nama peserta sekaligus di dalam ladang yang memuatkan 200 ekor kambing pada suatu masa. Daging qurban akan diagihkan kepada fakir miskin di Tanah Haram dan 23 negara Islam terpilih
Harga Bermula Dari

RM599

RM499

/ ekor

Lembu di Mekah

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
Pilihan pakej bagi membantu golongan yang memerlukan di Malaysia disamping sebagai alternatif untuk memudahkan anda berqurban


Harga Bermula Dari

RM950

RM850

/ Bhgn

Apa Kata Mereka

  • Perkhidmatan yang sangat baik dan berhemah telah membuatkan hati kami begitu yakin untuk mengamanahkan ibadah qurban kali ini melalui syarikat tuan

    Puan Yani

  • Setakat ini servis syarikat tuan memang cemerlang, Terbaik

    Tuan Malek

  • Saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak syarikat kepada kami

    Tuan Zali

  • Thanks Izzah atas info yang diberi. Sangat mudahkan urusan kami & sentiasa mengemaskini semua maklumat. Sangat berpuas hati dengan servis yang diberi. Teruskan usaha murni ini.

    Puan Juraida

  • Alhamdulillah Allah pilih saya dan keluarga buat Qurban pada tahun ini. The Qurban menjadi pilihan kerana prosesnya mudah lagi senang berurusan. Walaupun banyak tawaran hadiah, itu bukan penyebabnya. Tidak mahal sangat dan tidak terlalu murah

    Kak Aisyah

Rakan Kolaborasi

Soalan Lazim

Apakah Kepentingan Ibadah Qurban?
Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur'an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, "Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).

'Qurban' bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada masa-masa tertentu.
Bilakah waktu paling baik untuk melaksanakan ibadah Qurban?
Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban”.

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”.

Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela)
Siapakah yang dituntut dalam Islam untuk melaksanakan ibadah Qurban?
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

Apakah perbezaan Aqiqah dan Qurban

Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;
Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Apakah haiwan sembelihan yang boleh dilakukan untuk ibadah Qurban?
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu:

(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah
tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.

(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:

(i) unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;

(ii) lembu : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iii) kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iv) biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.
Siapakah yang layak menerima kambing sembelihan Qurban
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
starstar-emptychevron-down